Saturday, September 3, 2016

MASYARAKAT MAJMUK DAN KESELAMATAN NEGARA DALAM KONTEKS MALAYSIA



 Konsep keselamatan negara meliputi lima sektor:


  • Ketenteraan
  • Politik
  • Ekonomi
  • Persekitaran
  • Masyarakat


Bukan mengungkit namun mengenag agar tidak berulang lagi
Konsep keselamatan negara melalui pendekatan Copenhagen School Of Security Studies seperti di atas membuktikan bahawa negara yang mempunyai masyarakat majmuk lebih mencabar berbanding negara hegemony seperti Jepun. Pasca Perang Dingin 1989 menyaksikan fokus kepada keselamatan masyarakat berkait rapat dengan keselamatan bukan tradisional.

Dalam konteks Malaysia, masyarakat berbilang kaum terus menerus berada dalam kancah konflik sehingga membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969.
Masalah yang berterusan hingga ke hari ini

Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969 tidak diteruskan dengan pembentukan cabinet sebaliknya Tunku Abd Rahman dengan perkenan DYMM SPB YDPA telah membentuk cabinet darurat dan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Fungsi MAGERAN ialah untuk mengembalikan keamanan negara dengan cara menyelaraskan pihak pentadbiran dengan pihak tentera. Tindakan pemulihan keamanan ini perlu dilakukan agar rakyat percaya dengan kerajaan serta dapat menarik keyakinan pelabur.

Dalam Peristiwa 13 Mei 1969, seramai 196 orang telah terbunuh, 25 Melayu, 143 orang Cina, 13 orang India dan 15 lain-lain.

Seramai 9143 orang telah ditangkap, 2077 orang Melayu, 5126 orang ina, 1874 orang India dan 66 lain-lain bangsa.

Terlupa Kontrak Sosial?
Daripada seramai 9143 orang yang ditangkap, 5561 daripadanya telah didakwa di mahkamah, 1133 orang Melayu, 2099 orang Cina, 1470 orang India dan 51 lain-lain.

40 orang Melayu dan 5 orang India telah didakwa kerana membunuh dan membakar hartabenda awam.

Punca tercetusnya Peristiwa Peristiwa 13 Mei 1969.

Ketiadaan perhubungan secara berterusan antara generasi bagi membolehkan masyarakat majmuk tinggal bersama dalam keadaan harmoni.
Tindakan provokatif parti perkauman yang melampau dalam memberi tafsiran terhadap kandungan Perlembagaan Persekutuan.
Provokasi oleh Parti Komunis Malaya (PKM) melalui parti tertentu.

Masyarakat berbilang kaum mesti belajar untuk hidup bersama
Syor daripada Laporan MAGERAN

Rakyat terutamanya bukan Melayu wajib memahami kepentingan peruntukan mutlak dalam perlembagaan.
Kerajaan perlu menggubal undang-undang bagi mencegah provokasi etnik.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu dimasukkan ke dalam peruntukan perlembagaan.
Sebelum sesuatu peruntukan dalam perlembagaan dipinda atau dimansuhkan, Parlimen mesti mendapatkan persetujuan daripada Majlis Raja-raja.

Pada tahun 1971, syor-syor MAGERAN diluluskan oleh Parlimen sebagai undang-undang yang mengawal politik pelbagai kaum di Malaysia.pasca 13 Mei 1969 merupakan titik tolak focus kerajaan bagi menyatukan rakyat Malaysia melalui pengenalan Rukunegara dan dasar-dasar kerajaan.    






No comments:

Post a Comment