Friday, June 17, 2016

CABARAN POLITIK ORANG MELAYU


LATARBELAKANG ORANG CINA DI TANAH MELAYU

Orang Cina merupakan antara pedagang yang telah pun datang ke Melaka untuk berniaga termasuk pada zaman Dinasti Ming yang mempunyai hubungan diplomatic menyebabkan telah wujud kebudayaan dan petempatan di Tanah Melayu sejak dahulu . Isu perkauman tidak timbul pada ketika itu lantaran tumpuan mereka hanya untuk menjalankan perniagaan.

Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu pada abad ke 19 telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja dalam perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan perladangan.kesatangan buruh secara besar-besaran dari wilayah selatan seperti Kwangrung, Kwangsi dan Fukien.

Kedatangan buruh-buruh asing melalui beberapa cara:


  • Sistem tiket kredit. Kheh Tau (ketua) akan mengumpulkan orang Cina yang hendak datang ke Tanah Melayu.
  • Sistem pengambilan rumah kongsi. Pegawai yang dilantik akan membiayai perbelanjaan kedatangan buruh hingga sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu.
  • Sistem pengambilan kkakitangan. Pegawai bertanggungjawab ke atas buruh itu sehingga tiba di tempat majikan.



DASAR BRITISH TERHADAP ORANG CINA

British menggalakkan kehadiran orang Cina dan dengan dasar imigresen yang longgar. Dasar istimewa penjajah menyebabkan orang asing terlibat dalam perlombongan bijih timah dan getah.

Dasar pecah dan perintah telah menguntungkan orang Cina. Mereka telah menguasai sektor perniagaan di kawasan bandar utama Tanah Melayu. British juga menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina dan wakil-wakil Cina mula dimasukkan ke dalam majlis mesyuarat kolonial British.

SISTEM KANGCU DI JOHOR

Sistem Kangcu telah bermula di Sungai Sekudai pada tahun 1844. DYMM Sultan Sir Abu Bakar telah menjalankan aktiviti pertanian komersial gambir dan lada hitam.kesannya ialah penguasaan sepenuhnya orang Cina dalam ekonomi gambir dan lada hitam serta menjadikan Johor sebagai pengeksport utama di Nusantara.

Sultan Sir Abu Bakar telah menubuhkan Undang-undang Kangchu bagi mengawal kegiatan orang Cina dan memastikan agar keamanan dapat dikekalkan. Nama-nama tempat di Johor mempunyai pengaruh Cina. System Kangcu telah tamat pada tahun 1917.

PENGAJARAN DARIPADA KUALA LUMPUR

Dasar pecah dan perintah British menyebabkan orang Cina menguasai ekonomi Kuala Lumpur. Penempatan orang Cina di kawasan bandar memberi kesan negatif kepada orang Melayu di mana mereka sudah berani mencabar Ketuanan Melayu. Mereka mengambil kesempatan dalam Perang Klang di Selangor.

NASIONALISME CINA

Perkembangan Parti Kuomintang di Negara Cina telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme orang Cina di Tanah Melayu. Kesan daripada penubuhan Parti Komunis Cina membawa kepada penubuhan parti Komunis Malaya pada tahun 1930.

Permulaan sikap dan pemikiran politik orang Cina jelas terlihat dengan kata-kata “Tanah Melayu bukan milik orang Melayu sahaja.” Mereka mahu perwakilan orang Cina dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.

ORANG CINA PADA ZAMAN JEPUN

Penjajahan Jepun dengan dasar Anti-Cina telah meninggalkan kesan terhadap orang Cina di Tanah Melayu. Orang Cina di Tanah Melayu dianggap menyokong Negara Cina semasa Perang Cina-Jepun pada tahun 1937. Gerakan Sook Ching adalah kemuncak kezaliman tentera Jepun yang telah membunuh lebih 100,000 orang Cina atas dasar menghapuskan komunisme. Orang Jepun juga meminta orang Cina membayar pampasan sebanyak 50 juta ringgit sebagai bayaran hutang darah dan hukuman kerana menentang Jepun. Tan Cheng Lock, pemimpin orang Cina melarikan diri ke India menambah ketidakstabilan orang Cina di Tanah Melayu.


PERJUANGAN ORANG CINA SELEPAS PERANG DUNIA KE 2

Orang Cina menyokong rancangan Malayan Union kerana struktur perlembagaannya mampu melindungi kepentingan serta kebajikan mereka. Orang Melayu pula menentang Malayan Union menyebabkan British terpaksa menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Tan Cheng Lock memimpin AMCJA menentang perlembagaan baru ini kerana mendakwa hanya menguntungkan orang Melatu sahaja. Tan Cheng Lock menubuhkan MCA pada tahun 1949 dan mendapat sokongan British bagi mengelakkan orang Cina menyokong Parti Komunis Malaya.

PEMBENTUKAN KAMPUNG BARU ORANG CINA

Pemberontakan Parti Komunis Malaya mulai pada tahun 1948 telah mengubah landskap politik orang Cina. Mereka lebih cenderung menyertai PKM. Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah melancarkan penubuhan kampong-kampung baru orang Cina di Ulu Choh, Pekan Nanas, Kulai, Senai dan Masai. British telah memperkenalkan kad pengenalan kepada penduduk Tanah Melayu termasuk kepada masyarakat Cina bagi mengelakkan orang Cina terlibat dengan kumpulan Min Yuen yang menyokong PKM.

KEBEJATAN PKM DI JOHOR

Bintang Tiga telah melakukan keganasan dan menakut-nakutkan orang Melayu di Batu Pahat selepas Perang Dunia Kedua. Orang Melayu telah bertindakbalas dengan menubuhkan gerakan Selendang Merah yang diketuai oleh Kiyai Salleh. Keganasan PKM telah memuncak dengan ternuhnya Guan Ismail Dato’ Abdullah di Rengit. Sultan Ibrahim telah menitahkan agar Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai Pegawai Daerah untuk mengamankan Batu Pahat.



PERISTIWA BATU PAHAT DAN BUKIT KEPONG

PKM telah membentuk pasukan platun komunis Melayu diketuai oleh Mat Indera. Balai polis Bukit Kepong telah diserang membuktikan bahawa ideologi komunis teleh menerobos masuk ke dalam pemikiran sebahagian orang Melayu pada ketika itu. Antara kebejatan PKM di Johor:

·         Membakar seorang budak Cina berusia 10 tahun di Plentong di hadapan ibubapanya
·         Merosakkan infrastruktur termasuk jalan keretapi
·         Merosakkan kabel telekomunikasi
·         Membunih melalui serang hendap di Yong Peng
·         Merosakkan ekonomi tanaman hasil pertanian rakyat
·         Mengugut rakyat yang tidak menyokong perjuangan PKM

PENUBUHAN JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM

British telah menubuhkan CLC yang disertai oleh semua pemimpin utama UMNO, MCA dan MIC. Penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk nenbincangkan penyelesaian bagi mencari kesepakatan mengenai isu perpaduan di Tanah Melayu. Dato’ Onn Jaafar telah meletak jawatan sebagai YDP UMNO kerana kepimpinan UMNO tidak bersetuju keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu lantas menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

KERJASAMA UMNO-MCA 1952

Sir Mac Donald membuat gagasan “perpaduan sebelum kemerdekaan.” Inilah permulaan kepada kerjasama antara kaum di Tanah Melayu. Dato’ Yahaya Abd Razak telah berbincang dengan Tun HS Lee bagi menjalin kerjasama dalam pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Keputusannya, persepakatan ini telah berjaya memenangi 9 daripada 2 kerusi. Pada tahun 1954, MIC telah menyertai kerjasama ini.

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1955

British telah mengadakan Pilihanraya Persekutuan buat kali pertama pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Agihan kerusi UMNO-MCA-MIC dengan nisbah 35:15:4. Tunku Abd Rahman telah dikecam hebat kerana memberi laluan mudah kepada orang Cina mendapat agihan kerusi yang banyak. Namun Tunku tetap mempertahankan keputusan beliau dan meminta orang Melayu menyokong kepimpinan MCA.

PERPECAHAN MCA-GERAKAN

Kepimpinan MCA di bawah Lim Chong Eu tidak berpuashati dengan isu-isu berkaitan orang Cina. MCA berpecah kepada parti Gerakan yang menguasai Pulau Pinang. Dasar pembangunan pro orang Cina di Pulau Pinang menyebabkan orang Cina masih menguasai Pulau Mutiara sehingga kini serta menjejaskan kepentingan orang Melayu.



POLITIK LEE KUAN YEW DAN IMPLIKASINYA

Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. PAP menuntut hak sama rata di bawah konsep Malaysian Malaysia. Mereka menuntut agar institusi Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dikaji semula. Pemimpin MCA juga dikritik kerana dikatakan tidak memperjuangkan kebajikan orang Cina.

Orang Cina membuat siri tuntutan yang bercanggah dengan Kontrak Sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Datuk Ali Hj Ahmad tokoh Pemuda UMNO telah mengkritik Singapura dengan kenyataan beliau “Singapura jangan sekali-kali menjadi Israel di Asia Tenggara.” Peristiwa Natrah jelas membuktikan sikap orang Cina.



PERANAN DAP DALAM PILIHANRAYA 1969

Tempoh berkempen selama sebulan dalam PRU 1969 dipenuhi dengan isu perkauman oleh DAP sebagai lanjutan suara PAP. PRU berakhir dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan bagi mengawal keamanan negara.

PERJUANGAN PENDIDIKAN CINA DAN UNIVERSITI MERDEKA

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengumumkan Laporan Barnes sebagai dasar pendidikan Tanah Melayu. Sebagai akibatnya, orang Cina mengemukakan Laporan Fenn Wu yang dengan tegas ingin mengekalkan sekolah-sekolah Cina. Menerusi Lapiran Razak 1956, kerajaan mengekalkan sekolah vernacular yang menggunakan kurikulum pendidikan yang sama. Sekolah-sekolah swasta Cina juga dibenarkan untuk dijalankan oleh orang Cina. Beberapa buah IPTA telah ditubuhkan pada tahun 1970an.

Cadangan untuk menubuhkan Universiti Merdeka telah ditolak oleh kerajaan di bawah Abd Rahman Yaakob dan Musa Hitam. Penubuhan universiti ini bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERJUANGAN DONG JIAO ZONG


Dong Jiao Zong merupakan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina. Kegagalan penubuhan Universiti Merdeka yang ditolak kerajaan pada tahun 1978 dan Mahkamah Tinggi pada tahun 1981 tidak menyebabkan mereka berputus asa dalam memperjuangkan pendidikan orang Cina.



Antara tuntutan Dong Jiao Zong

  • Memastikan kewujudan SJKC buat selama-lamanya
  • Menyokong perjuangan dan hasrat bersama pergerakan Hua Tuan terhadap dasar Membaca, Menulis dan Mengira (3M)
  • Memperjuangkan supaya layanan kerajaan yang adil dan saksama kepada semua aliran sekolah peringkat menengah atau persendirian
  • Membenarkan penubuhan universiti yang dikendalikan oleh rakyat umum
  • Mewujudkan kepelbagaian kebudayaan dalam masyarakat berbilang kaum
  • Memansuhkan atau meminda Akta 21(2) yang menyebutkan bahawa apabila Menteri Pelajaran berpuashati sesebuah SRJK sesuai diubah kepada sebuah SRK maka belaiu boleh mengarahkan supaya sekolah tersebut dijadikan sebuah SRK.
  • Menghapuskan sistem kuota dalam kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa kerajaan. 





   


    













  









No comments:

Post a Comment