Thursday, August 7, 2014

ASAL-USUL NEGARA ARAB SAUDI

Sebelum tahun 1902, apa yang dikenali sebagai Arab Saudi sekarang adalah merupakan Semenanjung Arab (Arab Peninsula). Kawasan tersebut berada di bawah pemerintahan Kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyyah. Keluasan Empayar Turki Uthmaniyyah yang besar menyebabkan ada di antara kawasan-kawasan yang cuba membebaskan diri daripada pemerintahan di Istanbul. Semenanjung Arab berada di bawah kawalan pusat pemerintahan di Kaherah, Mesir.
Keluasan Empayar Khalifah Turki Uthmaniyyah

Salah satu daripada kawasan atau wilayah yang berhasrat untuk membebaskan diri daripada penguasaan Empayar Turki Uthmaniyyah ialah Al-Diriyyah berdekatan dengan Riyadh dan Najd. Gabenor atau pemimpin al-Diriyyah pada masa itu ialah Muhammad bin Saud yang dikenali dengan nama Ibnu Saud.
Runtuhan al-Diriyyah

Pada tahun 1740, seorang agen British telah berjumpa dengan Muhammad bin Saud dan Muhammad bin Abd Wahhab dan mereka merancang untuk keluar daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah. Pemberontakan yang dilancarkan telah berjaya menubuhkan kerajaan sendiri yang pertama pada tahun 1744.

Muhammad bin Abd Wahhab seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi yang sangat rapat dengan Muhammad bin Saud. Anak lelaki Muhammad bin Saud telah berkahwin dengan anak perempuan Muhammad bin Abd Wahhab menjadikan hubungan antara pemerintah al-Diriyyah dengan kumpulan Wahhabi menjadi asas kepada pembentukan negara Arab Saudi sehingga kini. 
Keluarga Saud


Apabila Ibnu Saud meninggal dunia pada tahun 1765, Abd Aziz telah menggantikannya sebagai pemerintah al-Diriyyah sehingga tahun 1803. Beliau telah menjadikan fahaman Wahhabi sebagai sandaran utama pemerintahan negara dan bertindak memusnahkan maqam Sayyidina Ali dan Sayyidina Hussin atas alasan mengelakkan perbuatan syirik pengikut Syiah.

Pada tahun 1803, Abd Aziz dibunuh oleh seorang pengikut Syiah dan digantikan oleh oleh anaknya Saud bin Abd Aziz sehingga tahun 1814 dan kemudiannya digantikan oleh anaknya Abdullah bin Saud.
Lakaran Abdullah bin Saud
Pada tahun 1818, serangan daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah berjaya meletakkan kembali al-Diriyyah di bawah penguasaan mereka dan Abdullah bin Saud bersama beberapa pemimpin lan telah dipenjarakan. Setelah itu, penentangan keluarga Saud untuk membebaskan al-Diriyyah berlangsung selama lebihkurang 80 tahun lamanya.

Pada tahun 1902, Abd Aziz yang memerintah kawasan tersebut telah berjaya membebaskan diri daripada Turki Uthmaniyyah dan menawan bandar Riyadh. Kejayaan besarnya itu menyebabkan beliau diberi gelaran Ibnu Saud mengambil sempena nama pengasas keturunan Saudi. Maka keluarga Saud menamakan negara Arab yang baru ini dengan meletakkan nama keluarga mereka iaitu Arab Saudi seolah-olah negara tersebut adalah milik keluarga mereka.

Bagi memastikan al-Diriyyah tidak lagi diancam oleh Turki, Ibnu Saud telah menjalinkan hubungan dengan Kerajaan British dan menjadikan Semenanjung Arab sebagai naungan Kerajaan British. British menaungi Arab Saudi dari tahun 1915 hingga 1926.
Pertemuan di antara Abd Aziz Ibnu Saud dengan Presiden Franklin D Roosevelt di atas kapal USS Quincy

Sebelum Ibnu Saud meninggal dunia pada tahun 1953, baginda telah mengadakan hubungan dengan Kerajaan Amerika Syarikat. Melalui wakil Yahudi iaitu Presiden Franklin D Roosevelt, satu persetujuan telah dicapai antara Kerajaan Arab Saudi dengan Amerika Syarikat.
Selepas itu, pelbagai perjanjian perdagangan telah dimeterai yang membawa kepada kehidupan keluarga Saud ditimbuni kekayaan hasil royalti minyak yang diusahakan oleh Amerika.

Kajian juga dibuat mengenai asal-usul Keluarga Diraja Arab Saudi
Sebuah bank negara untuk Arab Saudi telah ditubuhkan dan syarikat BP dan Royal Dutch Shell diberi hak untuk melombong minyak di seluruh Arab Saudi.
Hubungan baik dengan Amerika masih terjalin dengan baik?



No comments:

Post a Comment