Monday, July 1, 2013

TAUHID RUBUBIYYAH




ASAS PEMIKIRAN ISLAM

PELAJARAN 1 KONSEP KETUHANAN

1.       Rububiyyah ialah keyakinan dalam hati bahawa Allah yang mentadbir  semua perkara dan benda di alam ini.

2.       Konsep Rububiyyah

Ø  Allah pencipta, pemilik dan pentadbir alam
Ø  Allah berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya
Ø  Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi

3.       Uluhiyyah ialah mengakui hanya Allah sahaja yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

4.       Konsep Uluhiyyah

Ø  Mengakui hanya Allah yang layak disembah dan ditaati
Ø  Paksi utama tauhid Uluhiyyah ialah dua kalimah syahadah
Ø  Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah dianggap sesat

5.       Asma’ Wa Sifat ialah Allah memiliki nama-nama yang indah dan mulia serta memiliki sifat-sifat yang sempurna.

6.       Asma’ul Husna ialah Allah memiliki nama yang indah dan mulia.

7.       Allah memiliki 99 nama, 41 sifat (20 sifat wajib, 20 sifat mustahil, 1 sifat harus).

8.       Fitrah beragama ialah naluri semulajadi manusia yang mengakui wujudnya Allah.

9.       Peranan agama dalam membina tamadun manusia

Ø  Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan Negara.
Ø  Mewajibkan umat Islam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan asas pembangunan.
Ø  Menggalakkan umat Islam berfikir secara kreatif dan inovatif supaya mampu mencipta sesuatu yang baru.
Ø  Mengatur peradaban dan akhlak agar hidup bahagia

No comments:

Post a Comment