Monday, July 1, 2013

TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM





1.        Memelihara alam bermaksud menjaga dan melindungi alam supaya tidak dirosakkan.

2.       Memulihara alam bermaksud mengembalikan alam kepada habitat asalnya.

3.       Cara memelihara alam

Ø  Mengawal penebangan hutan secara berleluasa supaya dapat mengekalkan keindahan
Ø  Merancang kawasan pembangunan dengan lebih berkesan supaya tidak berlaku bencana
Ø  Memelihara keindahan sungai dengan cara tidak membuang sampah
Ø  Mengawal penggunaan bahan galian supaya tidak tercemar
Ø  Mengawal habitat haiwan supaya tidak pupus

4.       Cara memulihara alam

Ø  Menanam semula pokok yang ditebang supaya mengekalkan keindahan
Ø  Menimbus semula lombong yang ditinggalkan untuk mengelakkan bahaya kepada orangramai
Ø  Membersihkan sungai yang kotor supaya airnya selamat digunakan
Ø  Melaksanakan amalan kitar semula bahan terbuang supaya dapat menjana ekonomi

5.       Sumbangan alam

Ø  Menyediakan keperluan manusia seperti makanan
Ø  Mengekalkan system semulajadi seperti kawasan tadahan hujan
Ø  Memudahkan pergerakan manusia seperti sungai untuk laluan perahu
Ø  Mengawal pencemaran udara melalui proses fotosintesis

6.       Punca kerosakan alam

Ø  Sikap rakus manusia dalam menguruskan alam sehingga mengabaikan keperluan menjaga alam
Ø  Manusia mengabaikan tanggungjawab menjaga alam seperti membuang sampah merata-rata
Ø  Kurang penguatkuasaan daripada pihak berkuasa untuk membenteras perbuatan mencemarkan alam.

No comments:

Post a Comment