Tuesday, January 29, 2013

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025



PELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah merupakan sebuah dokumen yang komprehensif yang mengenalpasti bidang-bidang keutamaan, menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang bakal dilaksanakan bagi mengenalpasti bidang-bidang keutamaan, melakar pelan tindakan yang jelas serta menetapkan jangkamasa untuk menetapkan sasaran.

Tempoh pelaksanaan PPPM  dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu:

Gelombang Pertama (2013-2015)
Gelombang Kedua (2016-2020)
Gelombang Ketiga (2017-2015)

Intipati PPPM terdiri daripada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan.

Gelombang Pertama (2013-2015)

Usaha akan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran guru, meningkatkan kualiti pengajaran, menjana keupayaan pegawai di peringlkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah akan diberi keutamaan.

Gelombang Kedua (2016-2020)

System pendidikan Negara akan mengalami perubahan struktur. Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia akan distruktur semula bagi melahirkan pentadbiran yang cekap dan mampu mengurus pendidikan Negara sebagai persiapan kea rah menjadi Negara maju. Semakan kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilakukan bagi mempastikan pendidikan mampu melahirkan generasi yang berilmu, berketrampilan dan mempunyai sahsiah diri yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Gelombang Ketiga (2021-2025)

Pengetua, Guru Besar dan guru-guru disasarkan untuk menunjukkan prestasi yang melebihi standard minimum. Kementerian Pelajran juga akan member tumpuan kepada usaha meningkatkan keluwesan operasi, menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah brerdasarkan inovasi dalam pengajaran.

5 aspirasi sIstem

AKSES

Semua kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang yang samarata bagi mendapatkan pendidikan. Akses bermaksud tida ada kanak-kanak yang akan tertinggal atau tercicir malah berupaya akses kepada pendidikan yang terbuka luas.

KUALITI

Semua kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan Negara yang bertaraf dunia.

EKUITI
Kerajaan menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama, latarbelakang sosial dan ekonomi serta jantina dan kedudukan geografi.

PERPADUAN

Pentadbir sekolah mesti berusaha untuk menyatupadukan antara pelbagai kaum sebagaimana hasrat pucuk pimpinan negara.

KECEKAPAN

Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan sangat besar namun kedengaran seolah-olah hasil yang dipulangkan tidak setimpal dengan jumlah besar yang diberikan. Sekolah mesti mempertingkatkan kecekapan pegawai perkhidmatan pelajaran.