Monday, November 12, 2012

DOSA AMERIKA KE ATAS DUNIA ISLAM

Harry S. Truman
Presiden Amerika Syarikat yang ke 33 ini dilahirkan pada tahun 1884 di Missouri. sewaktu beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat, bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki bagi menamatkan Perang Dunia ke 2, memperkenalkan Rancangan Marshall bagi membangunkan Eropah, merombak dasar luar Amerika, mengiktiraf Negara Israel, menubuhkan PBB, Perang Dingin, penubuhan NATO dan Perang Korea.

Prof Israel Shahak dalam bukunya Jewish History Jewish Religion: The Weight Of Three Thousand Years menyatakan:

Pada sekitar akhir tahun 1950an, John F. Kennedy telah memberitahu saya, pada tahun 1948, Harry S. Truman telah diabaikan oleh semua orang ketika bertanding jawatan presiden. Kemudian seorang zionis amerika memberikannya 2 juta dollar tunai di dalam sebuah beg, di dalam hentian tren kempennya. itulah sebabnya pengiktirafan kita terhadap Israel dilakukan tergesa-gesa dan cepat. saya mahukan Jack (Kennedy) bukan anti semitik, kita menganggap ni sebagai kisah jenaka mengenai Truman dan rasuah politik Amerika.
Tanpa berfikir panjang akibat terdesak dalam pilihanraya, Truman telah membawa Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang mengiktiraf negara haram jadah Israel

 Beliau membuat kenyataan berikut:
We need to support the people of Israel who have created a state with the best traditions and the highest standards of western civilization.
Ketika diminta oleh para diplomat di Timur Tengah supaya tidak tunduk kepada desakan Yahudi, Truman berkata:
I'm sorry gentlemen but I have to answer to hundreds of thousands who are anxious for the success of Zionism. I do not have hundreds of thousands of Arabs among my constituents.
Harry Truman telah mengiktiraf Israel dalam tempoh tidak sampai setengah jam selepas pengisytiharannya. Truman menyebut:
Hitler telah membunuh begitu ramai Yahudi. Saya telah menyaksikannya malah sehingga hari ini, saya masih bermimpi mengenainya. Mereka memerlukan tempat untuk tinggal. Saya dan kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sambil melihat mangsa-mangsa Hitler ini tidak dibenarkan membina kehidupan baru.
Di Tanah Melayu, British cuba memaksakan Malayan Union, Belanda kembali menjajah Indonesia, negara haram Israel ditubuhkan dengan mengenepikan bangsa Palestin. Demikian lah kesan pasca Perang Dunia ke 2 ke atas umat Islam seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment