Saturday, February 18, 2012

KONSPIRASI ANTARABANGSA


Pemerintah Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Eropah berusaha untuk menukar kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

Di Iraq mereka mengenakan sekatan dagangan ke atas negara tersebut dan seterusnya memburu Saddam Hussein untuk menukar kerajaan dan usaha mereka berjaya.

Di Iran, mereka menghasut dan membantu Iraq berperang dengan Iran. Walau gagal mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran. Ini boleh menyebabkan harga minyak naik di pasaran dunia.

Berbagai sekatan kewangan dan dagangan dikenakan di samping membantu pemberontakan untuk melawan Kerajaan Syria.

Apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah akan memberi bantuan wang dan senjata kepada pemberontak di negara-negara Arab, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

Di Chile dahulu, agen-agen Amerika membunuh Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, supaya mereka dapat menaikkan Jeneral Pinochet yang disokong oleh mereka.

Mereka juga menggunakan media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat bangkit untuk menggulingkan kerajaan yang tidak disukai oleh Amerika dan Eropah.

Di Indonesia pula, sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

Adakah Amerika juga ingin menukar kerajaan Malaysia kerana tidak menyokong negara haram Israel dan mengkritik beberapa dasar kerajaan Amerika?

Siapakah calon kerajaan boneka Amerika Syartikat di Malaysia? Sendiri mau ingat..

No comments:

Post a Comment