Tuesday, February 7, 2012

KETUANAN MELAYU


SIAPA MELAYU DI MALAYSIA?

Melayu ialah orang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

• Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibubapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
• Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
(Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan)

PANDANGAN BRITISH TERHADAP KETUANAN MELAYU

Petikan dari buku Leon Comber, Peristiwa 13 Mei, Sejarah Perhubungan Melayu-Cina:

1. Ucapan Sir Hugh Clifford, Pesuruhjaya Tinggi, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam Majlis Undangan Persekutuan tahun 1927.

“Tuntutan orang-orang dagang untuk mewujudkan sistem pemerintahan demokrasi tidak dapat dilaksanakan sungguhpun bilangan mereka itu terbesar. Ini akan mengkhianati orang-orang Melayu.”

2. Laporan W.G.A Ormsby Gore, Timbalan Setiausaha Parlimen Bagi Tanah jajahan ketika melawat Tanah Melayu pada tahun 1928 pula:

“Kedudukan kita di tiap-tiap buah negeri adalah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian..Negeri itu mesti kekal menjadi Negeri-negeri Melayu dan tujuan utama kita dalam pentadbiran negeri-negeri ini mestilah sentiasa menentukan kemajuan para penduduk bumiputera Melayu. Bagi saya, mengekalkan kedudukan, kuasa dan martabat Raja-raja Melayu adalah merupakan dasar utama.”

SIAPA KAUM CINA DAN INDIA?

1. Kaum imigran dibawa sebagai buruh lombong dan estet.
2. Pada mulanya mereka ingin tinggal buat sementara sahaja tetapi akhirnya nahu menetap terus di Tanah Melayu kerana masalah hidup di negara asal.

KONTRAK SOSIAL

1. Kontrak Sosial mengandungi 2 elemen utama:

• Penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat “jus soli” bagi negara yang baru merdeka
• Penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu di negeri ini.

2. Kedudukan istimewa orang Melayu sememangnya telah wujud secara tradisi semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan diiktiraf oleh pihak penjajah sendiri.
3. Kontrak sosial wujud melalui permuafakatan politik para pemimpin Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC).
4. Peruntukan mengenainya dipersetujui dalam Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada bulan Mac 1956.
5. Unsur-unsur tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

• Pemerintahan beraja mutlak digantikan dengan Raja Berperlembagaan
• Agama Islam menjadi agama persekutuan
• Kedudukan istimewa orang Melayu menjadi tanggungjawab khas YDP Agong
• Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu

HAK KETUANAN MELAYU

1. Islam adalah agama persekutuan.

Perkara 3 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

2. Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Persekutuan

Perkara 152 (1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
• Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
• Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

3. Hak istimewa kaum Melayu/Bumiputera

a. Perkara 153(1) Hak Istimewa Kaum Melayu/Bumiputera

Menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
• Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu diberi hak dan keistimewaan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Apa yang berbeza ialah pelindung kedudukan istimewa ini diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu. (sekarang YDPA).
• Pada tahun 1963, selepas penubuhan Malaysia, kedudukan ini diperluaskan kepada Sabah dan Sarawak.

b. Perkara 153 (2)
Menjadi tanggungjawab YDPA menentukan kadar jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan

c. Perkara 153 (3)
YDPA juga boleh menentukan perizaban kepada Melayu/Bumiputera mengenai biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dan latihan

d. Perkara 153 (6)
Menjadi tanggungjawab YDPA juga memberi apa-apa arahan am kepada p[ihak berkuasa yang mengeluarkan permit atau lesen kepada Melayu/Bumiputera yang difikirkan patut.

4. Kedaulatan Raja-raja Melayu

Perkara 181

• Subject to the provisions of this Constitution, the sovereignty, prerogatives, powers and jurisdiction of the Rulers and the prerogatives, powers and jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective territories as hitherto had and enjoyed shall remain unaffected.
• No proceeding whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a state in his personal capacity except in the Special Court established under Part XV.

No comments:

Post a Comment