Sunday, January 29, 2012

NKRA KERAJAAN MALAYSIA


6 NKRA di bawah 1Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

NKRA 1: Kurang Jenayah
NKRA 2: Perangi Rasuah
NKRA 3: Tambahbaik kualiti pelajar
NKRA 4: Tingkat taraf hidup
NKRA 5: Prasarana luarbandar
NKRA 6: Pengangkutan bandar

NKRA 1: KURANG JENAYAH

Status sebagaimana pada bulan Disember 2010, jenayah jalanan turun 35% dan indeks jenayah 15%.

Usaha yang telah diambil oleh kerajaan:

• Meningkatkan kehadiran dan kawalan anggota pasukan polis di 50 kawasan hotspot jenayah.
• Menggerakkan seramai 2000 Pasukan Gerak Awam (PGA) dan 350 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di 4 kawasan panas di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
• Melatih seramai 4647 kakitangan RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
• Meletakkan 90 unit (60 buah van dan 30 buah bas mini) di Balai Polis Bergerak di kawasan panas setiap hari seluruh negara.

NKRA 2: PERANGI RASUAH

Status pada bulan Disember 2010, identiti pesalah telah ditunjukkan dan sebanyak 3500 kontrak telah diiklankan.

• Kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat perbuatan rasuah boleh mencecah kepada RM10 bilion setahun menyamai 1-2% daripada GDP.
• Kedudukan ranking Malaysia dalam Transparency International’s (TI) Corruption Perception Index (CPI) telah menurun daripada tangga ke 23 pada tahun 1995 kepada 56 pada tahun 2010.
• Sasaran peningkatan dalam skor CPI Malaysia daripada 4.4 kepada 4.9 pada tahun 2011, dan peningkatan peratusan ke atas responden dalam kajian TI Global Barometer bersetuju bahawa usaha kerajaan memerangi rasuah berkesan daripada 48% kepada 53%.

NKRA 3: TAMBAHBAIK KUALITI PELAJAR

Status pada bulan Disember 2010, seramai 700,000 kanak-kanak berusia 4-5 tahun telah bersekolah berbanding 54,569 pada tahun 2009. Sebanyak 14 buah sekolah menengah dan 6 sekolah rendah dijadikan High Performing School (HPS).

• Sasaran kadar enrolmen sebanyak 72% pada akhir tahun 2010 dan 87% pada akhir tahun 2012 telah ditetapkan daripada kadar 67% pada tahun sebelumnya.
• Pada tahun 2010, kerajaan telah melepasi sasaran enrolmen kanak-kanak prasekolah yang berumur melebihi 4 dan 5 tahun. Pada bulan Disember 2010, enrolmen pelajar telah meningkat kepada 72.42% atau seramai 701,144 pelajar. Enrolmen pelajar pra sekolah dijangka meningkat kepada 80% pada tahun berikutnya.

NKRA 4: TINGKAT TARAF HIDUP

Pada bulan Disember 2010, baki rakyat miskin tegar ialah 108 (0.2%) daripada 44643 orang.
35095 unit rumah dijual 75% di bawah dari nilai pasaran.

• Seramai 44,643 isirumah yg dikategorikan sebagai miskin tegar telah dikurangkan sehingga menjadi kosong peratus pada 31 Disember 2010.
• Manakala 16,471 isirumah yg dikategorikan sebagai miskin telah dikeluarkan daripada lingkaran ganas kemiskinan.
• Matlamat untuk melatih dan membangunkan seramai 2000 orang usahawan wanita pada penghujung tahun 2010 telah tercapai setelah mereka menamatkan latihan tersebut dan kini mempunyai pendapatan melebihi RM3500 sebulan. Keseluruhan sasaran ialah seramai 4000 usahawan wanita yang akan menjalani latihan keusahawanan sehingga penghujung tahun 2012.
• Sebanyak 35,095 rumah kos rendah telah ditawarkan untuk dijual kepada penyewa DBKL pada harga di bawah harga pasaran (RM21,500 ke RM35,000) dan sejumlah 60,136 buah rumah telah didirikan oleh Jabatan Perumahan Negara khusus bagi isirumah berpendapatan rendah.

NKRA 5: PRASARANA LUAR BANDAR

Pada bulan Disember 2010, sebanyak 35,000 buah rumah telah menikmati bekalan air. Lebih 27,000 telah mendapat bekalan letrik. Tambahan 750 km jalanraya untuk 2 juta rakyat.

• Kerajaan telah membina lebih daripada 7,000 km jalan baru dan yang dinaiktaraf pada tahun 2012 di mana sejauh 1,900 km akan dibina di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna 91.4% daripada keseluruhan penduduk akan tinggal sekitar 5 km radius berdekatan jalanraya di Semenanjung Malaysia. Angka ini dijangka akan bertambah sehingga hampir menjadi 100% pada tahun 2012.
• Kerajaan juga akan menyediakan sebanyak 50,000 buah rumah baru di kawasan luar bandar kepada golongan miskin tegar di mana 2/3 daripadanya adalah di Sabah dan Sarawak.
• Kerajaan akan memastikan saluran air yang bersih dan terawat kepada lebih 360,000 isirumah tambahan termasuk di Sabah dan Sarawak.
• Menyediakan kemudahan bekalan letrik selama 24 jam bagi 140,000 isirumah tambahan pada tahun 2012. 81% isirumah di Sabah dan 73% di Sarawak akan menikmati kemudahan ini. Peningkatan ini sebanyak 77% dan 67% secara keseluruhannya.

NKRA 6: PENGANGKUTAN BANDAR

• Peningkatan keupayaan LRT dengan memperkenalkan 22 four car train di laluan LRT Kelana Jaya
• Mengurangkan masa perjalanan lebihkurang 30 minit di sepanjang 4 laluan BET (Bus Expressway Transit) di Lembah Klang dengan pertambahan penumpang.
• Integrated Transport Terminal (ITT) di Bandar Tasiuk Selatan pada penghujung tahun 2010.

No comments:

Post a Comment