Sunday, January 22, 2012

MENOLAK BUKU JINGGA



Buku Jingga telah meletakkan 10 janji yang bersifat Populis untuk meraih undi rakyat semata-mata malah Pembangkang mengetahui bahawa ianya tidak mampu dilaksanakan.

• Ulasan Tun Mahathir “Pembangkang sengaja menabur janji kerana mereka tahu mereka tidakakan dapat membentuk sebuah Kerajaan Pusat apatah lagi untuk melaksanakan”
• Buku Jingga tidak menjelaskan dari mana sumber kewangan untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

MANIFESTO KERAJAAN NEGERI PKR SELANGOR

Manifesto 2008, PKR berjanji untuk menguatkuasakan perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

• Malangnya setelah berkuasa, kerajaan negeri membenarkan perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM 350 juta yang dibolot oleh kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim.
• Tanah di Selangor diratah ditarah dan alam sekitar terus dirobek semata-mata untuk mengaut kekayaan negeri dengan menafikan hak rakyat.

PKR turut berjanji untuk mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20%

• Malangnya setelah berkuasa, janji tersebut tidak ditunaikan. Rakyat di Kg Baru Batu 11 Cheras, Kg Baru Serdang dan sekitar Ulu Yam sudah menerima notis kenaikkan cukai pintu bermula Julai 2010. Inilah hasil idea Penasihat atau “Punahsihat” Ekonomi RM 1 Negeri Selangor.

PKR juga berjanji untuk memberi bekalan 20 meter padu air percuma

• Akhirnya, rakyat Selangor mendapat bekalan air berkarat dan kotor. Malah kerajaan PAS Kedah telah menaikkan tarif air domestik sehingga 44% (naik 10 sen per meter padu) dan Kerajaan DAP Penang sebanyak 25% (naik 2 sen per meter padu)

Kerajaan PKR Selangor juga tidak dapat menggantikan saluran paip baru sehingga menjadikan air berkarat di 35% tempat di daerah Selangor.

• Sebenarnya pemberian 20 meter padu air ini telah meningkatkan hutang negeri Selangor. Dari tahun 2009 hingga 2011, hutang Kerajaan Negeri akibat subsidi air berjumlah RM 142.5 juta.

MANIFESTO KERAJAAN NEGERI DAP PULAU PINANG

Manifesto 2008, DAP Pulau Pinang berjanji untuk menyelamatkan tanah penduduk Kampung Buah Pala

• Ketika kempen PRU 12, Anwar Ibrahim berjanji dalam tempoh 2 minggu masalah ini akan diselesaikan tetapi setelah DAP berkuasa Kampung Buah Pala memang dirobohkan sehingga SELESAI.

DAP turut berjanji untuk menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala)

• DAP gagal menunaikan janji ini sehingga sekarang dan inilah sikap Pembangkang yang suka berjanji di luar kemampuan sendiri.
• Malah rakyat Penang mendapat hadiah daripada DAP dengan kenaikan kadar air domestik sebanyak 25% ( antara RM 2 – RM 5 sebulan)
• Bayaran surcharge pula sebanyak 24 sen pada 35 000 liter sebulan.

6 Mac 2008 Pemimpin Utama Pembangkang bersumpah untuk menjalankan Pilihanraya PBT atas nama demokrasi

• GAGAL dilaksanakan kerana Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 telah dimansuhkan pada 1976. DAP berjanji kosong tanpa mengetahui mekanisme perlaksanaan.

DAP juga berjanji untuk menghapuskan bayaran Parkir pada hari Sabtu dan Ahad

• Janji ini tidak ditunaikan langsung oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang malah memanjangkan pula tempoh pembayaran parkir setiap hari sehingga 12 malam.
• Era Kerajaan BN di Pulau Pinang, bayaran parkir hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.

KERAJAAN NEGERI PAS KEDAH

Manifesto 2008, PAS berjanji untuk menjadikan Kedah sebagai “Belanda Malaysia” – memotong elaun Menteri Besar dan Exco untuk diberikan kepada rakyat

• Terbukti janji ini tidak ditunaikan dan didiamkan daripada menjadi isu media.
Malah rakyat Kedah mendapat hadiah daripada PAS dengan kenaikan kadar air domestik sebanyak 44% (antara RM 3 – RM 7 sebulan)

PAS turut berjanji untuk membuat ZON INDUSTRI PETROLEUM YAN

• Sehingga sekarang tidak ada pembangunan dijalankan di tapak tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT – PKR / PAS / DAP

Teras Pertama Dasar Bersama ialah Demokrasi yang telus dan tulen

• Terbukti dalam sistem pilihanraya parti PKR sendiri tidak telus. Sehingga berlaku pergaduhan besar dalam pemilihan parti di Cabang Lembah Pantai, Kota Raja dan Subang.
• Budaya kronisme dan politik kekeluargaan (suami, isteri dan anak) dalam PKR dan DAP.

Penyokong PKR sudah bosan dengan budaya kronisme ini hanya 24 000 dari 450 000 orang ahli sahaja yang hadir dalam mesyuarat parti. Malah semakin ramai meninggalkan parti sehingga PKR dikenali sebagai PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI.

• Penyalahgunaan Kuasa - Surat Sokongan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liew . Surat itu dialamatkan kepada Pengarah Alam Sekitar dan Landskap Majlis Perbandaran Klang, bagi tujuan mendapatkan projek bernilai RM1 juta.

No comments:

Post a Comment