Sunday, June 12, 2011

SAYA SANJUNG MAHAGURU DR HARON DIN



Sebagai seorang anak murid walaupun saya tidak akan sehebat beliau, saya sejak dari dulu amat menyanjung Dato Dr Haron Din teman sekuliah arwah abah saya di Universiti al-Azhar pada tahun 60an.

Kini Dr Haron Din yang lebih mesra dipanggil Ustaz Haron Din adalah Timbalan Mursyidul Am PAS. Pendek kata apa yang akan terjadi, mahaguru saya ini akan menggantikan TG Nik Aziz Nik Mat juga kebetulan rakan sepengajian abah saya di Deoband, India.

Saya amat meminati kuliah Ustaz Haron. Senakal saya waktu di universiti, kuliah Ustaz Haron tidak akan saya ponteng. Saya tidak akan mencatat sebarang nota kerana saya ingin menghayati bicaranya. Hingga saya pernah ditegur kenapa tidak mencatat nota dengan nasihatnya balik study tidak apa tiada membuat catatan lantaran ingin menumpukan perhatian sepenuhnya.

Popularitinya kadang-kadang menyusahkan hidupnya. Beliau kononnya pernah bermimpi percikan bunga api sewaktu perasmian sukan SUKMA oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 90an akan bertukar menjadi api yang membawa kemusnahan. Beliau mengakuinya dalam sebuah majalah seingat saya bahawa dirinya merana hingga membawa kepada sakit jantung yg telah sedia ada kerana dikatakan beliaulah puncanya.

Ini tidak hairan bagi saya kerana ketokohannya lah maka ada orang yang mengambil kesempatan di atas kewibawaan beliau dalam bidang pengajian Islam.

Hujjah-hujjah beliau sangat menarik serta meyakinkan.Beliau tidak melatah da berani menegakkan kebenaran.

Prinsipnya kepada kebenaran tidak goyah. Jika beliau perlu bersuara walaupun pandangannya itu kurang disenangi oleh sebahagian pemimpin Pas, Ustaz Haron Din tidak ambil kisah.

Pada Muktamar Pas ke-57 baru-baru ini, Ustaz Haron Din berucap menyebut bahawa akhbar Suara Keadilan sengaja memutarbelitkan kenyataannya memburuk-burukkan Utusan, dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca Utusan Malaysia.

Di hadapan para perwakilan pada sesi penggulungan muktamar ustaz menafikan laporan Suara Keadilan sambil mempertahankan Utusan.

Sebelum ini, Ustaz Haron menyatakan bahawa beliau adalah pembaca Utusan dan tidak timbul soal fatwa membaca akhbar tersebut haram.

Ustaz juga tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain walaupun pandangan bekliau bertentangan dengan arus perdana Parti PAS demi menegakkan kebenaran melalui penghayatan al-Qur'an dan al-Sunnah.

Bukan populariti yang dicari ustaz. Beliau merupakan bekas Professor Pengajian Islam sudah boleh berehat dengan aman namun semangat juang yang tinggi meletakkan ketokohan Ustaz Haron Din sehebat dulu, kini dan hingga ke akhir hayat beliau.

Semoga Allah s.w.t. memberikan kesihatan kepada Ustaz Haron Din yang sangat saya sdayangi.

No comments:

Post a Comment