Thursday, June 16, 2011

NEGARA ISLAM IMPIAN PAS



Adakah PAS akan mungkir janji lagi?

Demikian bunyi tajuk artikel yang tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 12 Jun 2011 memaparkan mengenai dasar perjuangan PAS yang "berubah" daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan dalam muktamar parti tersebut kali ke 57 baru-baru ini.

Mungkin langkah ini diumumkan oleh Presiden PAS bagi menarik sokongan orang bukan Islam/Melayu dalam PRU 13 nanti.

Mengapa PAS terpaksa menukar slogan mereka?

Berdasarkan pemerhatian politik semasa, kekuatan Pas hanya tertumpu di Kelantan dan Kedah. Pengaruh parti PAS di Terengganu dan Pahang pula telah dikuasai semula oleh UMNO. Di sebelah barat Semenanjung Malaysia pula, dikuasai oleh parti UMNO dan Barisan Nasional.

Oleh itu,untuk menang di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, PAS mesti mendapatkan undi daripada orang bukan Islam. Menggunakan isu negara Islam selama ini menyebabkan orang bukan Islam gerun untuk mendekati apalagi untuk mengundi dalam pilihanraya. Mereka telah belajar daripada pengalaman bahawa isu ini jangan disebut berulangkali.

Orang Melayu sendiri tidak mengundi parti PAS mungkin disebabkan penggunaan istilah "Negara Islam."

Benarkah pertukaran istilah ini disebabkan golongan ulama telah disingkirkan dari kepimpinan PAS dan parti ini telah dikuasai oleh golongan liberal dan professional?

Pendirian PAS berubah mungkin mereka merasakan PRU 13 sudah hampir dan sokongan bukan Islam sangat perlu bagi menaikkan tahap sokongan kepada mereka.

Apa pun, pemerhatian terhadap PAS sangat menarik kerana perubahan pucuk pimpinan yang berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama dan diterajui oleh kepimpinan liberal. Ini pastinya akan membawa kepada perubahan dasar dan "world view" parti tersebut.

No comments:

Post a Comment