Sunday, June 12, 2011

7 RESOLUSI KONVENSYEN WASATIYYAH



Resolusi pertama

Fakta ilmiah yang ditemui membuktikan kehadiran Islam kepada masyarakat Nusantara bermula sejak kurun pertama Hijrah dan satu kajian saintifik diperlukan segera bagi memuktamadkan hakikat tersebut.

Resolusi Kedua

Sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu secara langsung telah memupuk konsep amalan wasatiyyah dalam masyarakat selaras dengan tuntutan Islam yang syumul.

Resolusi Ketiga

Keperluan untuk mendalami konsep wasatiyyah secara lebih menyeluruh agar dapat menghindari salah tafsir dan elemen kontradiksi dalam pemikiran masyarakat.

Resolusi keempat

Keperluan untuk menterjemahkan konsep wasatiyyah dalam semua aspek kehidupan sebagai satu falsafah bangsa Melayu Nusantara termasuk dari sudut politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Resolusi kelima

Konsep wasatiyyah yang diamalkan oleh masyarakat Islam selama ini perlu diperkukuhkan sebagai teras agenda pengukuhan gagasan perpaduan ummah sejagat

Resolusi keenam

Mencadangkan supaya sebuah institut strategik kajian wasatiyyah ditubuhkan bagi melaksanakan keperluan tersebut.

Resolusi ketujuh

Mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Penasihat Agama Islam yang bertanggungjawab kepada Majlis Raja-Raja Melayu bagi memantau dan mendapatkan nasihat tentang isu terkini hal ehwal agama Islam secara lebih efektif.

No comments:

Post a Comment