Tuesday, May 31, 2011

PEMERHATIAN DI NEGERI KELANTAN



Negeri Kelantan dilanda oleh banyak isu yang perlukan penjelasan. Antara isu yang bangkit ialah pengurusan air yang tidak efisyen, isu kroni (menantu menjadi CEO dalam Perbadanan Menteri Besar), isu pembalakan dan beban hutang kerajaan negeri yang tinggi. Secara ringkasnya, pentadbiran Kerajaan Kelantan berada pada tahap yang lemah.

Penumpuan yang terlalu banyak kepada isu politik serta ketaksuban kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Tidak mementingkan pembangunan ekonomi negeri.

Ekonomi bergantung kepada limpahan luar seramai 70,000 penjawat awam Persekutuan.

Asas ekonomi yang lemah di mana kerajaan negeri mengalami defisit belanjawan setiap tahun.

KDNK yang rendah kerana tahap ekonomi yang rendah di samping peluang pekerjaan yang sedikit (400,000 anak Kelantan bekerja di Lembah Klang).

Sebanyak 564 buah masjid dibina oleh BN. PAS hanya membina sebanyak 2 atau 3 buah masjid sahaja di seluruh Negeri Kelantan.

Penjualan tanah rezab Melayu kepada bangsa lain. Pemilikan bangunan dibenarkan kepada bangsa lain tanpa had.

Pembangunan yang ada hanyalah berpunca daripada usaha Kerajaan BN. Tiada pembangunan baru yang ketara walaupun sudah memerintah hampir 20 tahun.

1 comment:

  1. aku orang Kedah duk di Kelantan , walaupun orang Kelantan dan negeri Kelantan miskin tapi aku tengok kat kelantan ni banyak/ramai orang melayu pakai kereta mercedez dan bmw berbanding dengan orang2 melayu kat negeri lain.

    ReplyDelete