Sunday, May 8, 2011

KAMBING TERBANG

Melihat kepada suasana negara pada masa kini, saya teringat kepada kisah yang telah diceritakan oleh Mahaguru saya Dato Dr Haron Din.

Ceritanya begini..Dua orang sahabat baik sedang berjalan melalui sebuah kawasan berhampiran semak. Tiba-tiba kelihatan semak bergerak-gerak menandakan ada sesuatu yang sedang berada di dalamnya.

Maka dua orang sahabat itu cuba meneka binatang apakah yang ada di situ. Seorang menyangka burung semantara yang seorang lagi menyangkakan seekor kambing.

Mereka berdua bertengkar menegakkan sangkaan masing-masing. Untuk meredakan ketegangan, mereka pun menghampiri kawasan semak dan tiba-tiba objek berkenaan terbang. Berkata lah seorang: ""Kan aku dah kata..KAMBING TERBANG TU.."

No comments:

Post a Comment