Friday, May 13, 2011

DOA PERBARISAN PAGI

ALLAHUMMA YA RAHMAN YA RAHIM

Segala puji bagi Allah yang mentadbir segala urusan
dan yang menentukan segala keputusan
Maha Suci Allah Yang memuliakan Bani Adam

ALLAHUMMA YA ZALFADLI WAL IHSAN

Sempena perhimpunan kami di pagi ini
kami menadah tangan memohon rahmat Mu
yang dengan rahmat itu
Engkau memberikan hidayah kepada kami
Engkau memperkuatkan perpaduan kami
Engkau persatukan pendapat-pendapat kami

Engkau jauhkan fitnah dan kekacauan dari kami
Engkau memperbaiki urusan agama kami
Engkau membersihkan pekerjaan kami
Engkau memberikan cahaya kepada kami
dan Engkau pelihara kami daripada segala kejahatan

ALLAHMUMMA YA FATTAH YA ALIM

kami memohon kepada Mu
semoga Engkau jadikan permulaan hari ini
segala kebaikan bagi kami
di pertengahannya segala kejayaan bagi kami
diakhirnya segala pencapaian bagi kami

ALLAHMUUMA YA MUNZILAL BARAKAH

Engkau berkatilah perhimpunan ini
yang dengan barakah itu
Engkau kurniakan kami
hati-hati yang jujur dan ikhlas
perasaan yang penuh kasih sayang
perpaduan dan kemesraan
dan segala sifat terpuji yang Engkau redai

dan dengan barakah itu jua
Engkau lindungi kami
dari sifat angkuh dan besar diri
sifat hasad dan dengki
dan dari segala sifat keji yang Engkau benci

ALLAHUMMA YA HAYYU YA QAYYUM

Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Engkau berilah kami taufiq dan hidayah
ilmu dan kefahaman yang bertambah
semoga dengannya kami menjadi hamba-hamba Mu
yang mematuhi segala perintah Mu
dan menjauhi segala larangan Mu

ALLAHMUMMA YA MUDABBIRAL KAUN

Engkau jadikanlah perhimpunan ini
perhimpunan yang dirahmati
perpisahan selepasnya
perpisahan yang terpelihara

No comments:

Post a Comment