Wednesday, November 25, 2009

PROGRAM MASJID RIMBA TERJUN

Hari Kelima Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2009...

Hari ini saya bawa anak-anak tiga orang (memang ada tiga sahaja pun) ke Masjid Rimba Terjun, Pontian. Farhani mendaftar bagi acara mendeklamasikan sajak, Fathiyah pertandingan membaca dan Fadhilah masuk acara pertandingan mewarna.

Fadhilah mewarna sekejap sahaja, saya tanya, "Dah siap?" Jawabnya, "Adik warna cepat-cepat." Ayah, adik lapar sangat ni." Patutlah dia mewarna cepat-cepat sebab dia lapar. Waktu sarapan pagi sebelumnya dia tak nak makan sekadar minum teh tarik sahaja di warung Anjung Masjid. Saya pun belikan sedikit roti dan air minuman kotak di 7 Eleven, Tambak Pontian. Sampai sahaja pihak penganjur sedang menyediakan jamuan kerana pertandingan telah tamat sementara menunggu upacara penyampaian hadiah.

Farhani mendapat tempat ketiga dalam acara mendeklamasikan sajak, Fathiyah mendapat saguhati (agaknya tempat keempat) dan Fadhilah sudah tentulah hadiah saguhati sebab hantar cepat. Jangan marah Lah.

Apa yang penting..kerjasama...di samping mengisi masa lapang waktu cuti persekolahan, dapat melatih anak-anak berdiri di hadapan rostrum sebagai persediaan menghadapi masa hadapan. Maklumlah ayahnya membesar di hadapan rostrum, bersyarah, berpidato, berbahas dan berceramah dalam Biro Tatanegara yang telah pun diharamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di bawah pimpinan Datuk Khalid Ibrahim.

Seronok anak-anak dapat hadiah dan berbagai cerita untuk disampaikan kepada ummi mereka bila pulang ke rumah.


2 comments:

  1. Kenapa tak ada yg dapat nombor satu? *gelak guling guling pada Fadilah* Kahkahakahakahkahakhakhakhakahkahakhakah

    ReplyDelete
  2. Takpe lah.. Fadhilah boleh cuba lagi lain kali..acara mewarna takde untuk budak 9 tahun. Kalau tak Fathiyah pasti menjadi juara menunggu..

    ReplyDelete